anak kumpulan

anak kumpulan

IKUTI GROUP KAMI DI FACEBOOK

Tuesday 14 June 2011

KRABI II (8-12 June 2011) Travel Log

En Muhammad Ridzuan

Suasana di KL Sentral




























Plan untuk ke Krabi kali kedua ini, bermula selepas PERCUBAAN SULUNG KAMI, iaitu saya Muhammad Anas bin Mohd Aris dan Nor Akmar bersama Bos saya En Mohd Ridzuan, berjaya pada JOURNEY to KRABI 1 pada 9-12 May 2011.     



JOURNEY to KRABI II ini dirancang tepat pada Cuti Sekolah. Perjalanan kali ini dibuat bermula 8-12 JUN 2011, iaitu selama 5 HARI dan 6 MALAM. Pakej yang kami tawar dalah sebanyak RM415, bayaran adalah termasuk pengerakan TRANSWORLD TRAIN TRAVELLER ke KRABI, dan HOTEL sahaja.


Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur Sentral atau KL CENTRAL, pada jam 9.20 Malam. Kami mengumpulkan kumpulan kami ketika jam 7 petang dan kami mengesyorkan supaya pelanggan mengerjakan Ibadat Solat di KL SENTRAL untuk mengelakkan kelewatan, dan mengagihkan tiket.


Perjalanan kami berjalan lancar menuju ke Hatyai tepat jam 9.20 malam. Perjalanan ke Hatyai dari KL sentral mengambil masa selama 12 JAM. Kami memilih KOC TIDUR (SLEEP BERTH) untuk keselesaan rombongan selama di dalam Tren.  Ketika mengagihkan tiket, kami punya masalah kerana seorang dari kami hanya mempunyai Tiket Kelas Kedua (Superior) iaitu duduk kerana beliau peserta yang lambat menempah pakej dan membeli tiket sendiri. Kami cuba mengagihkan dengan kemas, tetapi alhamdulillah salah seorang daripada peserta sudi memberikan tempatnya yang berlebihan,




Tepat jam 10 Pagi, kami tiba di PADANG BESAR, PERLIS. Untuk memeriksa PASSPORT, semua nya berjalan lancar, En Kamarul Bakri bersama keluarga dan dua orang sahabat saya Amirul Hazreen (Angah Kaloi) dan Raffil Haziq (Imam) selesai memeriksa passport, tetapi malangnya En Ridzuan Muda bersama Keluarga mempunyai masalah kerana PASSPORT milik mereka sudah tamat tempoh. Saya memainkan peranan, supaya meneruskan perjalanan ke HATYAI dari PADANG BESAR untuk memimpin rombongan kami, manakala En Ridzuan terpaksa ke Kangar untuk memperbaharui PASSPORT keluarganya.


Tepat jam 11.30 pagi Thailand (Jam 12.30 tenghari waktu MALAYSIA) kami tiba di HATYAI. Kami menyimpan barang di Pusat Bagasi di Stesyen Hatyai. Kami berbincang sesama kami untuk mencuri masa untuk menunggu En Mohd Ridzuan dan keluarga selesai menguruskan passport dengan berjalan di sekitar HATYAI, Saya pula mengalami masalah kerana terlupa membawa wayar charger KAMERA. Saya merayau bersama teman saya Angah Kaloi dan Imam di sekitar Hatyai.


Rasa marah mengusai diri, ketika kami cuba bertanyakan dimana kedai aksesori di sekitar HATYAI kepada orang tempatan, apa yang kami jumpa KEDAI ARAK, KEDAI URUT, KEDAI KAIN, KEDAI HAIWAN, KEDAI LOTERI, KEDAI EMAS......saya hampir hilang punca kerana tidak tahu lagi apa cara untuk ke KEDAI AKSESORI, kebanyakan PENDUDUK HATYAI tidak punyai kelebihan dalam berbahasa INGGERIS, ingin bercakap THAI, yang kami tahu SAWADIKAP! KAP KUM KAP! sahaja. Akhirnya kami berjumpa seorang Melayu SONGKHLA, dan dia membantu kami. Alhamdulillah.


En Ridzuan sampai ke Hatyai tepat Jam 6.15 petang Thai. Kami meneruskan jalan ke KRABI.


Di KRABI, pelbagai aktiviti menarik wujud disana. KRABI dikelilingi Lautan Andaman yang biru. Terdapat banyak aktiviti menarik disana antaranya SNORKELING, DIVING, KAYAKING, RIDING HORSE, RIDE ELEPHANT, HOT SPRING WATERFALL (Air Terjun Kolam Panas x wujud di MALAYSIA). Transworld Train Traveller memberikan hak aktiviti bebas kepada rombongan, tetapi kami memberikan PILIHAN kerana dikhuatiri diculik, ditipu dan sebagainya.


Hari Pertama kami, kami menjelajah Kepulauan di sekitar Pesisir Pantai KRABI. Antara Pulau yang kami sudah jejaki, PODA ISLAND, CHICKEN ISLAND, TOP ISLAND, dan PHRANANG CAVES. Aktiviti berjalan bermula jam 1 petang hingga 7.30 petang.


Heri Kedua kami, kami pergi ke KRABI SAFARI, disana ada aktiviti menaiki GAJAH, menyusuri HUTAN, SUNGAI. Oleh disebabkan pengalaman pertama menunggang binatang terbesar di darat, kami menunggang selama 1 jam sahaja. Dewasa 500 Baht dan Kanak hanya 250 Baht.


Hari Ketiga, kami membawa rombongan ke Tiger Caves disana begitu banyak MONYET yang Liar dan Jinak. Kami berpeluang untuk menaiki bukit berhadapan dengan Lautan Andaman, dan sempat 'beramah mesra' dengan Monyet dan memanjat BUKIT.



Pada hari ke Empat, kami berangkat pulang dari KRABI- TRANG- HATYAI dengan VAN, rata-rata kami semua tidur kerana terlalu kepenatan. Kami kurang tidur kerana ingin memenuhi masa dengan melancong sekitar Krabi. Perjalanan pulang bermula dari jam 7 pagi dan tiba di Hatyai pada jam 2 Petang.

No comments:

Post a Comment